EKSA

APA ITU EKSA

EKSA ialah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA).Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbir dan Perancangan pengurusan malaysia) dan merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S sektor Awam(2010).

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:

  1. a) meningkatkan imej korporat;
  2. b) menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
  3. c) menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green;
  4. d) memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;  dan
  5. e) memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan. 

            Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

 

SENARIO EKSA KKBBM 

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, pihak pengurusan telah menjalankan pelbagai usaha ke arah meningkatkan kualiti secara berterusan berpandukan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan. Kolej Komuniti Bukit Beruang telah mula melaksanakan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) pada tahun 2013. Institusi ini telah diaudit oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan berjaya mendapat pengiktirafan cemerlang pada 29 Mac 2013.

Sejajar dengan keperluan, institusi telah menambahbaik amalan 5S dengan melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di mana ada beberapa elemen yang perlu ditekankan. Elemen tersebut adalah keselamatan, inovasi dari bahan kitar semula dan Go Green. Amalan ini juga berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000 khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja

 

X

Right Click

Hak Cipta Terpelihara :: Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka 2017