• SLPM
  • permohonan upu
  • anyone
  • psh

Permohonan Online ePSH

Demo Image

eBorang

Kursus Pendek - Reskilling

MOHON!   TAKWIM 

Kolej Komuniti Bukit Beruang

Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka memulakan operasi awalnya pada 2001 menggunasama kemudahan Politekanik Kota Melaka. Pada ketika itu hanya 2 kursus sepenuh masa ditawarkan iaitu Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) dan Sijil Pelukis Plan. Mulai bulan Jun 2002, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka berpindah dan beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri hasil perjanjian jual beli 14 lot rumah kedai tiga tingkat pada 5 Februari 2002 dengan kos RM8.6 juta di Taman Bukit Beruang Indah, Melaka. Dengan pertambahan kakitangan dan pelajar, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka telah menyewa 5 lot ruang bagi menampung kapasiti yang semakin bertambah.

       Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka ditubuhkan dengan objektif menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik sesuai dengan visi kolej ini untuk menjadi peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional serta Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat Menjelang 2025 dan bermotokan peneraju komuniti berilmu dan berkemahiran.

       Kolej Komuniti Bukit Beruang menawarkan 5 program sepenuh masa dan pelbagai kursus jangka pendek yang bersuaian dari masa ke semasa. Program sepenuh masa yang ditawarkan adalah :

              1. Program Sijil Pemasangan Elektrik
              2. Program Sijil Servis Kenderaan Ringan
              3. Program Sijil Kulinari
              4. Program Sijil Operasi Perhotelan
              5. Program Sijil Fesyen dan Pakaian

        Kampus kekal Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka menyediakan pelbagai kemudahan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran program sepenuh masa dan kursus jangka pendek antaranya :

              1. 2 buah makmal komputer
              2. 1 makmal Bahasa
              3. 5 bengkel Pemasangan Elektrik
              4. 2 bengkel Servis Kendereaan Ringan
              5. 6 dapur kulinari (termasuk JPSH)
              6. 1 restoran
              7. 2 bilik banquet
              8. 1 bilik tamu
              9. 4 bengkel fesyen
            10. 1 dewan kuliah
            11. 1 bilik kuliah
            12. 2 ruang keusahawanan (e-Tech Center)
            13. Perpustakaan
            14. Surau
            15. Bilik rekreasi.
            16. Parking berpusat

       Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum juga dianjurkan bagi menyemai dan memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab dan tolong menolong di dalam diri pelajar. Disamping itu juga, pelajar mendapat pendedahan pengetahuan akademik di luar kelas. Segala aktiviti ini, dalam melahirkan pelajar kolej komuniti yang berwawasan dan berketerampilan. Dengan kemudahan dan peluang yang disediakan, adalah menjadi harapan agar kewujudan Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka ini mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara sesuai dengan matlamat dan aspirasi wawasan 2020.

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel   : 06-2332770
  • No Faks : 06-2332877
  • Email     : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat  : Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka,       No. 23, Jalan BBI 1, Taman Bukit Beruang Indah 75450 Melaka
  • mohe
    MOHE
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    www.mohe.gov.my
  • akept
    AKEPT
    Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
    akept.mohe.gov.my
  • upu
    UPU
    Kemasukan Pelajar Pendidikan Tinggi
    upu.mohe.gov.my
  • jpkk
    JPKK
    Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
    www.jpkk.edu.my
  • hrmis
    HRMIS
    Sistem Pengurusan Sumber Manusia
    www.eghrmis.gov.my
  • esis
    eSIS
    Staff Information System
    www.esis.gov.my/esis2
  • ccgo
    CCGo
    Permohonan Tugas Rasmi Di Luar Pejabat
    online.jpkk.edu.my/ccgo
  • SPPA
    SPA
    Sistem Pemantauan Pengurusan Aset
    aset.mohe.gov.my/portalSpa
  • emel 1govuc
    1GovUC
    Emel 1GovUC
    webmail.1govuc.gov.my
  • NAS
    KKBBM NAS
    KKBBM NAS (Umum)
    www.buffalonas.com/kkbbmnas
X

Right Click

Hak Cipta Terpelihara :: Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka 2017